Nuffnang

Thursday, April 26, 2012

Sahabat Selamanya 1

Dengar lagu ni, tengok cerita Upin Ipin,  mesti teringat kawan-kawan baik aku kat kampung. Persahabatan kami sejak tadika sehinggalah sekarang, Alhamdulilah walau jauh mana sekali pun kita orang merantau...ikatan persahabatan tu tak pernah terlerai...Aku memang dah anggap dia orang macam adik beradik, mak ayah dia orang  dah macam mak ayah aku. Kawan sejak tadika, sampailah sekarang..satu jangka masa yang panjang.

Tengok Upin Ipin teringat Ajib dengan Nahar...Lahir pada hari yang sama dan kebanyakkan aktiviti akan dilakukan bersama... Cuma perangai je berbeza, ajib agak gila- gila perangainya, nahar pendiam sikit.. Tapi dua orang sahabat ni, antara pelajar yang cemerlang dekat sekolah.

 Wajah suci murni tahun 2001
Aie aku dah boleh cakap dia macam Tok Dalang..nak tau kenapa?dia suka bagi nasihat kat kita orang terutama budak- budak perempuan. Kadang- kadang nasihat dia boleh menusuk- nusuk kalbu. Lagipun dia ada masalah tua sebelum usia.hahahhaha. aie kalau kau baca, aku minta maaf eh. kau tak marah aku kan? kau kan abang, kena banyak- banyak sabar dengan perangai adik.  Zul n Pidin pun tak banyak cakap. tapi kalau dah menyakat orang boleh tahan jugak...

nahar, aie, ajib epul, along, omar (depan) tahun 2005
Epul, mamat yang agak glamour kat sekolah. Konon- konon muka ala- ala korea. Tapi aku tengok dah macam mat endon pun ada. Dia ni kalau menyakat orang memang nombor satu. kalau hati tak kering, janganlah bergurau dengan dia. memang pedih nak dengar, silap-silap boleh nangis terguling- guling kat tepi jalan. Along n Omar pula pendiam. Aku tak tahu pula kalau dengan budak- budak lain, dia orang macam mana. Yang berdua ni dah berumahtangga.
Aku rindu korang semua =(
Tahun 2011
Majlis hari raya di rumah En Zaki

P/S: Yang perempuan akan bersambung pada entry akan datang..SAHABAT SELAMANYA II

No comments:

Post a Comment