Nuffnang

Friday, April 20, 2012

Kampungku Rumahku Kisah Ku

Kampung aku terletak di daerah mersing. Tak jauh pun kalau nak ke Bandar Mersing.
Aku ni anak seorang peneroka felda. Yang lebih tepatnya FeldaNitar 1.Jangan keliru, sebab nitar ni ada 3..Nitar 1, Nitar 2. Satu lagi nitar timur.Nitar 1 dan 2 jaraknya taklah jauh sangat.Adalah dalam 4km kot.Tak pastilah.Tapi memang tak jauh sebab aku pernah jalan kaki dari Nitar 1 ke Nitar 2.Sebab aku jalan kaki kesana?akan aku ceritakan dalam entry akan datang.

Rumah aku dekat je sekolah Menengah Nitar.Aku ingat lagi masa pindah nitar ni. Rumahnya semua sama je. Maklumlah rumah tanah rancangan.Pergilah mana- mana felda, bentuknya sama je.Sekarang ni je, rumah- rumahnya dah berubah.

sumber google image



Mana- mana anak Felda mesti akan kenal rumah ni..Banyak kenangan dengan  rumah Felda lama ni.Aku pernah kena rantai kat bawah rumah tu..Atau kita orang panggil Kolong..tak taulah mana dapat nama kolong tu...Tau kenapa aku kena rantai? Sebab aku pergi berkubang dengan anak- anak jiran sebelah rumah. Bayangkanlah masa tu aku baru je 5 tahun.

Punyalah aku berseronak berkubang, rupa-rupanya mak ayah tengah risau mencari aku. Sampai ke perigi dia orang cari. Bayanglah aku balik dengan lumpur seluruh badan. Sampai rumah, teruk aku kena rotan..Lepas mak mandikan aku, makan..Ayah bawa aku duduk bawah kolong tu. Siap kena mangga rantai tu. Perghhhh sadis gila time tu. Dalam hati, sampai hati ayah buat aku macam ni =(..tp masa tu jelah aku insaf, esoknya aku wat aktiviti lain, pergi tangkap berudu kat longkang belakang rumah...Tau aku tangkap guna apa?Guna tapis air mak aku.hahhahaha. Punyalah nakal aku masa kecik dulu.



P/S : kalaulah sekarang ni hukuman yang sama di lakukan pada anak- anak..agak-agak ayah aku dah kena tindakan kan tak? tapi aku kena berterima kasih pada ayah..sebab ayahlah aku lebih berdisiplin...TERIMA KASIH AYAH SEBAB ROTAN SAYA...

No comments:

Post a Comment