Nuffnang

Saturday, April 21, 2012

MUHASABAH CINTAKU

Sebenarnya ni adalah tajuk satu lagu dari band Indonesia EDCOUCTIC.. pertama kali aku dengar, aku dah jatuh hati …nak tau sebab apa?lirik dia banyak memotivasikan diri aku. Salah satu cara aku menenangkan diri masa  ditimpa masalah, dalam kesedihan , aku akan dengar lagu ni banyak- banyak kali. Cuba hayati lirik lagu ni

Muhasabah cintaku

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kalau di hayati betul- betul liriknya hamba ini redha dengan ujian yang Allah berikan. semoga ujian yang diberi jadi penawar segala dosa yang telah dia dilakukan..mungkin juga ujian yang Allah beri kerana sygkan hambaNya. Untuk menyedarkan kita beringat dengan kekhilafan yang telah kita lakukan. 

Aku suka sangat lagu ni sebab boleh beri motivasi pada aku..lagi-lagilah masa aku nak habiskan degree aku dulu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa besarnya dugaan yang aku hadapi. Dengan sokongan semua, Alhamdulilah aku dah pun menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di UTHM.

P/S UTHM aku sangat rindu nak kembali ke sana…sangat-sangat rindu
* nampak tak muka aku sangat serius masa menaip entry ni ^_^
Pahit, Manis, Kelat, Tawar semua ada disebalik tembok ni.....



No comments:

Post a Comment