Nuffnang

Monday, May 21, 2012

Seteguh Cinta, Sekuat Hati

Tiba- tiba nak buat satu entry mengenai seorang sahabat aku Ros. Seorang yang sangat ceria dan antara budak pandai dekat sekolah. Dia juga kawan sepermainan aku.Maklumlah sekampung dan kami sekelas. Dulu selalu aku melepak kat rumah dia. Tangan dia magik  sebab sangat kreatif,bagilah apa pun mesti akan jadi sesuatu barang yang cantik. Tingkatan 4 aku, anis, ros dan sue mendaftarkan diri ke Sekolah Teknik Perdangangan. Time tu memang seronok dahlah rapat ,sekampung pulak tu. Kami duduk asrama dan aku satu dorm dengan Ros. Ingat lagi nama dorm tu, dorm Anggerik.
ni lah lencana SMTP..nama glamour TCSJB


Tapi Ros tak lama sekolah dengan aku sedih sangat masa tu. Family dia terpaksa tukarkan sekolah disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan. Doktor sahkan dia menghidap penyakit SLE. Terus terang aku cakap, kalau Ros tak kena sakit tu memang aku tak tahu apa tu SLE. Kesian aku tengok dia, ulang alik hospital...

Sesiapa yang tak tahu apa tu SLE, aku beritahu sikit...Ayat aku kopi paste kat BH.

"LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob. 

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman."

More info boleh tanya En Google.

Apa kena mengena tajuk entry dengan cerita aku ni? Intro punyalah panjang....Sebenarnya aku kagum dengan Ros ni. Hampir 11 tahun dia lalui sakit yang tak ada penawar ni. Sepanjang tulah dia ulang alik PPUM untuk dapatkan rawatan. Kalau aku, tak tahulah aku sekuat dia atau pun tak. Yang aku kagum, masih mampu tersenyum, gelak macam orang tak sakit.


Macam tak sakit..tapi kita tak tahu apa yang sedang dia hadapi
Gambar kat atas ni Ros dengan suami dia, Sam.Kagum juga tengok dia, sangat setia menanti Ros.Masih sabar dan senyum menghadapi susah senang bersama Ros. Walaupun Ros sakit, masih setia disisi. Cayalah Sam..Nilah namanya Cinta...Aku doakan korang sentiasa tabah dan sabar hadapi dugaan. Semoga Ros cepat sembuh dan sentiasa kuat nak hadapi sakit dia.

p/s: tiba-tiba teringat kat en tunang...sanggup  amik aku kat Parit Raja..hantar balik ke Mersing. Esoknya terus balik ke KL.Melayan karenah aku,maklumlah masa tu masih bergelar Student.

Anis & Amai 3/6/2012

Selamat Pengantin Baru buat Nur Hidayah Sukemi dan pasangan Khairul Akmal yang akan dinikahkan pada 2/6/2012. Tak tahu nak luahkan perasaan aku sekarang ni..rasa sebak, sedih, happy sebab Anis akan mengakhiri PENGHUJUNG CINTA dia bersama Amai. Anis kawan aku sejak dari kecik, dan kita orang mula rapat sejak tingkatan 4. Maklumlah masing- masing merantau ke sekolah yang sama di JB. Sejak tu kami rapat sehinggalah sekarang....

Buat Anis dan Amai tahniah untuk majlis yang akan datang, Insyallah bulan 9 aku akan menyusul untuk tukar status juga. Semoga ikatan yang akan dibina sentiasa diredhai Allah

suka tgk mereka beruniform..
P/S: Tarikh mereka bersanding 3/6..sama tarikh birthday kawan aku ROSMARIANA SAMID

Wednesday, May 9, 2012

Hadiah Dari En Tunang






Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu ft. Rossa

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

p/s. Terima Kasih En Tunang... Love U so Much

Cinta Bersatu- By Liyana Jasmin

Lagu di tuju khas buat En Tunang ku...




Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu.

p/s; jiwang gak aku ni heheh... sweet song.

Tuesday, May 8, 2012

Dia Pilihan Ku



Dua tahun dulu, aku tak pernah terpikir berjumpa jodoh di dalam alam siber.
Tapi percayalah tak semua cinta siber tu tak betul. Masih ada lagi manusia yang
ikhlas untuk menerima kita seadanya. Walaupun tak pernah bersua muka.
Aku rasa selesa dengan dia. Walaupun aku tak nak letak sepenuh harapan,
tapi terselit juga rasa sayang pada dia.

Sebenarnya aku pun tak pasti kenapa aku jatuh cinta pada dia.
Sampai sekarang kalau orang tanya, kenapa dia jadi pilihan aku..aku pun tak ada jawapan.
Tapi first time jumpa, tengok je muka dia...hati aku terdetik yang dia jodoh aku.
Tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Tapi tulah aku rasa masa first time jumpa dia. Cinta pandang pertama.Aiceh!hahahha

Cuma kini aku tahu, aku nak menghabiskan tempoh pertunangan aku
dengan ikatan yang sah dengan dia. Tinggal empat bulan je lagi sisa-sisa
perhubungan yang bergelar "tunang". Walaupun majlis aku tak lah semengah
perkahwinan mereka- mereka yang berkonsepkan taman, english or hantaran berdulang
yang berjenamakan LV, Gucci. Yang pastinya aku rasa bahagia kalau majlis aku di restu
oleh kedua keluarga..teman- teman rapat dapat hadir.

p/s: sangat suka bila dia menghadiahkan sebuah lagu yang bermakna,
"KU PINANG MU DENGAN BISMILLAH

Thursday, April 26, 2012

Sahabat Selamanya 1

Dengar lagu ni, tengok cerita Upin Ipin,  mesti teringat kawan-kawan baik aku kat kampung. Persahabatan kami sejak tadika sehinggalah sekarang, Alhamdulilah walau jauh mana sekali pun kita orang merantau...ikatan persahabatan tu tak pernah terlerai...Aku memang dah anggap dia orang macam adik beradik, mak ayah dia orang  dah macam mak ayah aku. Kawan sejak tadika, sampailah sekarang..satu jangka masa yang panjang.

Tengok Upin Ipin teringat Ajib dengan Nahar...Lahir pada hari yang sama dan kebanyakkan aktiviti akan dilakukan bersama... Cuma perangai je berbeza, ajib agak gila- gila perangainya, nahar pendiam sikit.. Tapi dua orang sahabat ni, antara pelajar yang cemerlang dekat sekolah.

 Wajah suci murni tahun 2001
Aie aku dah boleh cakap dia macam Tok Dalang..nak tau kenapa?dia suka bagi nasihat kat kita orang terutama budak- budak perempuan. Kadang- kadang nasihat dia boleh menusuk- nusuk kalbu. Lagipun dia ada masalah tua sebelum usia.hahahhaha. aie kalau kau baca, aku minta maaf eh. kau tak marah aku kan? kau kan abang, kena banyak- banyak sabar dengan perangai adik.  Zul n Pidin pun tak banyak cakap. tapi kalau dah menyakat orang boleh tahan jugak...

nahar, aie, ajib epul, along, omar (depan) tahun 2005
Epul, mamat yang agak glamour kat sekolah. Konon- konon muka ala- ala korea. Tapi aku tengok dah macam mat endon pun ada. Dia ni kalau menyakat orang memang nombor satu. kalau hati tak kering, janganlah bergurau dengan dia. memang pedih nak dengar, silap-silap boleh nangis terguling- guling kat tepi jalan. Along n Omar pula pendiam. Aku tak tahu pula kalau dengan budak- budak lain, dia orang macam mana. Yang berdua ni dah berumahtangga.
Aku rindu korang semua =(
Tahun 2011
Majlis hari raya di rumah En Zaki

P/S: Yang perempuan akan bersambung pada entry akan datang..SAHABAT SELAMANYA II

Saturday, April 21, 2012

MUHASABAH CINTAKU

Sebenarnya ni adalah tajuk satu lagu dari band Indonesia EDCOUCTIC.. pertama kali aku dengar, aku dah jatuh hati …nak tau sebab apa?lirik dia banyak memotivasikan diri aku. Salah satu cara aku menenangkan diri masa  ditimpa masalah, dalam kesedihan , aku akan dengar lagu ni banyak- banyak kali. Cuba hayati lirik lagu ni

Muhasabah cintaku

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Kalau di hayati betul- betul liriknya hamba ini redha dengan ujian yang Allah berikan. semoga ujian yang diberi jadi penawar segala dosa yang telah dia dilakukan..mungkin juga ujian yang Allah beri kerana sygkan hambaNya. Untuk menyedarkan kita beringat dengan kekhilafan yang telah kita lakukan. 

Aku suka sangat lagu ni sebab boleh beri motivasi pada aku..lagi-lagilah masa aku nak habiskan degree aku dulu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa besarnya dugaan yang aku hadapi. Dengan sokongan semua, Alhamdulilah aku dah pun menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di UTHM.

P/S UTHM aku sangat rindu nak kembali ke sana…sangat-sangat rindu
* nampak tak muka aku sangat serius masa menaip entry ni ^_^
Pahit, Manis, Kelat, Tawar semua ada disebalik tembok ni.....