Nuffnang

Monday, May 21, 2012

Seteguh Cinta, Sekuat Hati

Tiba- tiba nak buat satu entry mengenai seorang sahabat aku Ros. Seorang yang sangat ceria dan antara budak pandai dekat sekolah. Dia juga kawan sepermainan aku.Maklumlah sekampung dan kami sekelas. Dulu selalu aku melepak kat rumah dia. Tangan dia magik  sebab sangat kreatif,bagilah apa pun mesti akan jadi sesuatu barang yang cantik. Tingkatan 4 aku, anis, ros dan sue mendaftarkan diri ke Sekolah Teknik Perdangangan. Time tu memang seronok dahlah rapat ,sekampung pulak tu. Kami duduk asrama dan aku satu dorm dengan Ros. Ingat lagi nama dorm tu, dorm Anggerik.
ni lah lencana SMTP..nama glamour TCSJB


Tapi Ros tak lama sekolah dengan aku sedih sangat masa tu. Family dia terpaksa tukarkan sekolah disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan. Doktor sahkan dia menghidap penyakit SLE. Terus terang aku cakap, kalau Ros tak kena sakit tu memang aku tak tahu apa tu SLE. Kesian aku tengok dia, ulang alik hospital...

Sesiapa yang tak tahu apa tu SLE, aku beritahu sikit...Ayat aku kopi paste kat BH.

"LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob. 

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman."

More info boleh tanya En Google.

Apa kena mengena tajuk entry dengan cerita aku ni? Intro punyalah panjang....Sebenarnya aku kagum dengan Ros ni. Hampir 11 tahun dia lalui sakit yang tak ada penawar ni. Sepanjang tulah dia ulang alik PPUM untuk dapatkan rawatan. Kalau aku, tak tahulah aku sekuat dia atau pun tak. Yang aku kagum, masih mampu tersenyum, gelak macam orang tak sakit.


Macam tak sakit..tapi kita tak tahu apa yang sedang dia hadapi
Gambar kat atas ni Ros dengan suami dia, Sam.Kagum juga tengok dia, sangat setia menanti Ros.Masih sabar dan senyum menghadapi susah senang bersama Ros. Walaupun Ros sakit, masih setia disisi. Cayalah Sam..Nilah namanya Cinta...Aku doakan korang sentiasa tabah dan sabar hadapi dugaan. Semoga Ros cepat sembuh dan sentiasa kuat nak hadapi sakit dia.

p/s: tiba-tiba teringat kat en tunang...sanggup  amik aku kat Parit Raja..hantar balik ke Mersing. Esoknya terus balik ke KL.Melayan karenah aku,maklumlah masa tu masih bergelar Student.

No comments:

Post a Comment